SWEETHEART

Hai Assalamualaikum warahmatullahi'wabarakatuh dan salam sejahtera untuk korang dan korang yang sudi baca blog saya ni *ehem-ehem... jawab salam yeee (memberi salam itu sunat,menjawab salam itu wajib) heee...

Hari ni 13.11.2012,SELASA tiba-tiba hati ni terbuka nak update blog.. dah lah terbuka hati nak update blog tiba-tiba terbuka hati nak cerita pasal "DIA" pula kat blog saya ni.hee...
Mesti korang tertanya-tanya kan siapa "DIA" ni.. His name Khairil Farhan..
*Khairil jika awak baca blog saya ni,saya harap awak tak marah saya tulis pasal awak....
tapi kalau awak nak marah juga,saya tak kisah sebab saya tetap nak tulis pasal awak dan saya tahu awak tak akan berani marah saya. ehh yeke ? hehee


Firstly mesti korang nak tahu kan siapa khairil ni ? okay aku jawab...
-His my classmate..but his special for me..dia tak sama macam classmate saya yang lain,sebab apa...sebab...dia buah hati saya.. Hehehe.. tu saya kata dia tak sama macam yang lain..Dia baru jee jadi milik saya (01.11.2012) tapi banyak dugaan Allah bagi kat kami........ tapi dia tetap jadi milik saya sampai sekarang..
-awal tahun 2012 hingga nak akhir tahun 2012 kami tak pernah bertegur dalam kelas..tak pernah cakap langsung.. Bagi saya dalam kelas tu untuk belajar bukan untuk mengejar cinta...cehhh.. HAha.. tu sebab lah saya tak pernah ambil tahu pasal lelaki dalam kelas tu...
Tapi suatu hari saya dapat tahu khairil ni suka dekat saya *ehhh? betul ke khairil awak suka saya ? kalau tak betul saya lari dulu. HAHA... 
Lepas jee khairil dapat number fone saya kami terus kenal lebih rapat...tapi korang nak tahu tak..walaupun kami dah rapat dalam fone tapi dalam kelas tak pernah bertegur..nak tahu sebab apa....sebab si Khairil ni ahh permalu sangat.. hehe.. saya ingat lagi kata-kata khairil (malu seseorang itu tandanya iman dia kuat) awwww... *opss...maaf yee khairil :P
-Saya nak bagitahu yang khairil ni pandai ambil hati saya...memang pandai sangat...Dia selalu buat saya tersenyum setiap hari...ehh ? heee.... tu sebab yang tertarik dekat dia.. Saya suka cara dia layan saya..walaupun kadang-kadang menjengkelkan,walaupun kadang-kadang rasa nak lempang2 jee muka dia. hehe... tapi tu lah yg membuat saya gembira :) *khairil saya harap awak jangan pernah berubah k...
-Khairil ni penyabar sangat orangnya..itu sebab saya selalu uji dia..selalu buat dia risau..*Khairil kalau saya selalu saja-saja tak balas whatsapp awak itu bermakna saya nak uji tahap kesabaran awak...
      Kata Luqman Hakim kepada anaknya...
"jika ingin mencari teman ujilah dia dengan membuatnya marah.
Jika dia tidak sabar dengan sikapmu,maka jauhilah dia"
saya ingat lagi,saya pernah tanya dia "macam mana kalau tahap kesabaran khairil dah habis?" then dia jawab "khairil tak tahu lah,tapi khairil akan cuba supaya jangan pernah marah amiza" . heeee *boleh percaya ke khairil ?......

Rasanya macam dah cukup cerita pasal dia ni..malas ahh nak cerita panjang..malas ahh nak cerita lebih... sebab Khairil ni orangnya suka sangat PERASAN :D

Pesan saya untuk awak khairil .....
saya harap awak sentiasa jujur..jangan suka tipu saya..jaga perasaan saya..jangan mainkan perasaan saya..cukup lah sekali..saya tak nak dua kali.. hehehe.. Sekali saya boleh maafkan awak dan percayakan awak.. tapi kalau awak buat lagi...mungkin saya tak boleh terima lagi..
saya harap sayang awak pada saya tak pernah berubah..saya harap awak sabar layan kerenah saya..saya harap awak tak pernah jemu dengan saya..saya harap awak pandai jaga hubungan kita..saya harap awak pandai jaga batas pergaulan kita..saya harap awak dapat memahami saya..saya harap awak jangan selalu memaksa saya..... Terlalu banyak 'harap' saya untuk awak khairil.. itu bermakna saya mohon...tolong mengerti :)

Ya Allah.......
Jika dia adalah jodohku eratkanlah hubungan kami jangan pisahkan kami...
Jika dia bukan jodohku beri kami jalan terbaik agar tidak saling menyakiti...
Ya Allah...
Kami tahu kami tak layak untuk bercinta..dengan itu kau jaga batas pergaulan kami..
jangan biarkan kami terjatuh dah jurang kemaksiatan..
perliharalah nafsu kami.. Aaminn Ya Robbal Alaminn..

Allah sayang kita

kisah ini berlaku di Mesir,kalau tak silap baru je berlaku.. hafiz(lelaki yang hafal Quran) dan hafizah(perempuan yang hafal Quran) baru je kahwin,tapi umur hfizah tu pendek,dia telah meniggal dunia tidak lame selepas tu.. Lepas selesai mengebumikan,si hafiz ni selalu mimpi yang hafizah tu masih hidup,hafiz pun bagitahu kat tok imam,suruh gali balik.. Bila gali,SUBHANALLAH, hafizah memang masih hdup! Tapi korang tahu tak, dekatt tangannya hangus terbakar.. hafizah sempat pesan kepada hafiz,tolonglah pesan kat muslimat di luar sana,tolong la tutup aurat,tolong la tutup aurat.. slepas itu,hafizah sempat mengucap dan telah menutup mata untuk selama lamanya... 

korang bayangkan,seorang hafizah yang slalu baca al Quran dan menghafalnye,seorang hafizah yang menutup auratnye,tapi kenapa tangan dia hangus terbakar? 
sebab walaupun kita pakai handsock,kadang-kadang handsock tu maybe tertarik ke atas,so menampak kan aurat kita,nampak sikit je sebenarnye,dan kadang-kadang kita terlepas pandang,aurat kita tak tertutup dengan SEMPURNA..

tlonglah shbat2 muslimat ku, tutup la aurat,tutup la aurat,tutup la aurat..

(ini kisah benar,seorg senior di Universiti sy mndpt pnggln tlefon dr shbtnye di Mesir ,shbtnye telah mnceritakn kisah ni dan brpesan agar sebarkn kisah ini sbgai pngjaran) 

kuasa Allah itu tiada tandingan, Allah nk brpesan kpd kite semua melalui hafizah trsbut..knape?? sbab ALLAH SAYANG KITE! ♥

Bila Lagi ?

                                *HIDUPLAH engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati.
                                *CINTAILAH apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah
                                  dengannya.
                                *LAKUKANLAH apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas
                                  mengikut amal perbuatanmu (imam al-Ghazali).


MENGAPA ALLAH menciptakan dirimu dengan serba kekurangan ?
                               *kerana akan tiba saatnya ALLAH menyempurnakan kekuranganmu itu dengan kehadiran seseorang yang memiliki sesuatu yang tidak dirimu miliki.... SESEORANG yang dapat menerima kekuranganmu itu...serta menutupi apa jua kekurangan mu itu........DENGAN kelebihan yang dimilikinya.


*segala yang berlaku dalam hidup ini ada alasan dan sebabnya tersendiri.....terima dan belajar dari dugaan yang diberi....senyumlah saat kita diuji,biarlah senyuman yang terukir mampu mengubah dunia dan jangan biarkan dunia yang mengubah senyuman kita :)

*Wanita patut tahu ada SATU rahsia lelaki.Tindihlah berapa banyak make up yang ada tapi mereka tetap sukakan kecantikan yang ASLI.Kalau putih melepak di muka wanita biarlah putih juga di dalam hati.Tak guna ubah suai MyVi sampai nampak macam Ferrari kalau kelajuannya macam kura-kura yang nak mati.Yang penting kualiti,bukan kuantiti atau personaliti.

"sesorang sahabat yang mendoakan kebaikan untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu.Maka para Malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya sepertimana ia memohon kebaikan untuk sahabatnya"

*perbaiki diri,dan ajaklah orang lain.....kita hidup ni bukan nak masuk syurga sorang-sorang sebenarnya,kalau kita renung sejenak,apabila kita mengajak orang lain kepada kebaikan,itu lebih memudahkan lagi untuk masuk ke syurga.......
*Allah Redha dan suka kalau kita perbaiki diri,tapi Allah lebih suka pada orang yang perbaiki diri dalam masa yang sama mengajak orang lain agar memperbaiki diri....
*saat kita buat baik,kita dapat pahala,tapi jika kita ajak orang lain sama,kita dapat pahala lagi berganda.....
---> jom sahabat semua.....kita sama-sama perbaiki diri ya...Jangan lupa,ajak orang disekeliling kita agar cinta kepada kebaikan :)

*Berkongsilah kebaikan,simpanlah keburukan...Jangan tambahkan dosa kita kalaupun tak dapat menambah pahala (sham kamikaze)
*Jum sahabat kita lakukan perubahan dalam diri,sampai bila kita mahu leka dengan nikmat dunia.Ingat ! Mati itu sangat hampir dengan kita.Cuma kita tak tahu bila masanya sahaja.

ASSALAMUALAIKUM :)




hobi terbaru ?

Assalamualaikum, Hi selamat hari raya. Cehh..aku dah terlambat ke? belum kan rilek ahh baru syawal ke 15 :) okay, hari ini bukan aku nak cerita pasal raya,pasal makan rendang ketupat,main mercun semua ahh.Tapi cerita tentang......... jeng-jeng-jeng.... 'HOBI TERBARUKU'



Setelah hampir lima bulan aku tak update blog,korang nak tahu aku ada hobi terbaru iaitu "Gemar membaca NOVEL" boleh nak dikatakan masa aku banyak berhabis baca novel.Aku jadikan novel ni teman sebilik,kawan rapat,kawan bila aku bosan.cehh-cehh.Tapi kalau aku online aku lupakan dunia novel ni kejap.hihihi. TAk kejam kan ? huhu.. Okay,aku nak cerita ni yang novel ini boleh buat korang gila,apatah lagi novel cintan cintun. heeee. betul aku tak tipu. Cuba korang baca satu buah buku mesti korang nak baca buku-buku novel lain pula.Tapi kalau susah sangat atau malas sangat... korang baca dua tiga helai jee...tapi tu pun boleh membuatkan korang rasa macam nak baca lagi,nak baca lagi.HAHA. Novel ni macam berhantu. huhu.
 Novel pertama aku baca dan membuatkan aku seorang "KAKI NOVEL" iaitu novel 'Sepi tanpa cinta karya damya hanna' hee. Korang dengar tajuk dia mesti korang kata aku 'minah jiwang' kan. HAHA. tapi korang try lah baca. best gilaaaa.....Okay meh sini aku try tunjuk cover dia. hihi. bukan sinopsis okay . sinopsis baca sendiri.Pandai-2 lah korang cari  :P

korang try lah cari novel ni.Aku rasa ada lagi kot dekat kedai-kedai buku.Contoh dekat popular,aku rasa berlambak kot.hee.

OKAY ! aku nak tunjuk novel yang paling aku suka baca,paling aku minat jalan cerita dia,paling aku tak lupa,paling terngiang-ngiang di telinga (k ini tipu). *Tengok bawah*







saksikan cerita Adam Hawa dia astro byond channel 134 jam 10-10.30 p.m. .Cehh aku promo ni.Ni nak bagitahu cerita ni sweet sangat,korang tengok ahh,Aku tak pernah tinggal pun tengok cerita ni.hee.Ehh,memang lah kan,aron aziz ada berlokan.Wuuu,dia hensem gila.Lagi-lagi sweet gitu.K novel dia pun best juga taw :)


Okay,novel-novel kat atas tu kira novel yang aku minat baca ahh.Sebenarnya banyak lagi,tapi yang atas tu kira TOP 10. hihi.
Mungkin hari ini aku tunjuk cover dari novel orang lain,Insya'Allah suatu hari jika ada rezeki,jika diberi kesempatan,cover novel aku pula aku tunjuk k.haha (angan-angan).
Selepas banyak novel yang aku baca,aku rasa macam nak buat cerita aku sendiri,aku pun nak jadi seorang penulis novel juga.(bajet)
cuma sekarang ni baru nak fikir jalan cerita macam mana aku nak buat,baru imagine,baru lakar-lakar.hee
Korang semua doakan aku taw,doakan aku agar bisa menulis untuk novel aku sendiri. hee.
LOVEYOU ALL . Assalamualaikum......................semoga ketemu lagi :)






sahabat-sahabat


   “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Tip-tip Menjadi Sahabat Yang Baik :) selamat membaca .

*Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
*Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
*Memulakan memberi salam apabila bertemu.
*Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
*Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
*Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
*Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  
* Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak.
*Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
*Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain
*Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
*Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
*Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

                                               SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH :)



Neraka Jahanam


DDari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah:

a. Orang yang gemuk tetapi kurus.
b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang.
c. Orang yang alim tetapi jahil.

Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena kepentingan peribadi.

BERHIJAB

hyee . Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Anyway dah baca dah blog yang saya create hari tu ? tentang "akulah hari kalian nantikan" . If siapa-siapa yang dah baca tu . terima kasih banyak-2 okay . bagi yang belum baca tu , kalau rajin baca lha okay . Hah , bagi yang dah baca tu , apa respon korang ? takut ? seram ? mesti ada kan ? tipu lha kan kalau tak terasa apa-2 :') lagi sekali lha terima kasih sebab sudi baca :')

  NEW STORY !

     Heyyy , okay hari ini saya rajin tau nak kongsi cerita saya dengan korang . okay bukan senang nak baca blog saya ni . Al-maklum lha , malas sikit nak taep . hihihi . Dikesempatan ni saya nak cerita sikit lha bagaimana dan bila saya dah BERHIJAB :) JengJengJeng .
       
      okay , saya mula BERHIJAB pada 03/02/2012 .  hari apa ? hari Jumaat . Saya pun tak sedar yang saya mula BERHIJAB pada hari jumaat , hari yang mulia . hhihi . Alhamdulillah . Allah dah bukakan pintu hati saya untuk munutup rambut saya . Walaupun saya tak menutup aurat sepenuhnya lagi , tapi saya akan cuba untuk tutup sepenuhnya . Hah , contoh dari segi pakaian . Okay memang susah kalau seseorang tu betul-betul nak berubah , yelah contoh dulu hidupnya agak sosial tiba-tiba nak tutup aurat sepenuhnya . Ya saya akui , memang susah . Macam saya , time saya nak berhijab ni saya masih ragu-ragu , takut iman saya tak kuat . hah , pakai tudung satu hari dua hari buka . lepastu nanti jadi bawahan mulut orang . Jadi , saya kuatkan iman saya , yakin pada diri saya yang saya boleh BERHIJAB untuk selamnya . Alhamdulillah sekarang kelua kemana-mana saya akan BERHIJAB , bahkan pergi ke kedai . ngeh-ngeh .
     
       kenapa saya boleh pakai tudung ?

hehe , ni yang nak cerita ni . Saya pakai tudung bukan sebab nak ikut TREND . Seperti yang budak-budak cakap sekarang "Pakai Tudung Sebab Ikut Trend Lebih Baik Tak Payah" . Ni yang nak Bahas ni ! Walaupun dia pakai tudung ikut trend , At least dia dah tutup rambut dia . Dosa sebab dia dedahkan rambut dia tak ada lagi . sebab dia dah tutup . Jadi tak payah nak cakap-2 apa . Kita bukan sape-2 nak tentukan DOSA/PAHALA . ngeh-ngeh *sorry lha kalau agak rude-rude sikit . hihi . Hah , tengok cerita dah tak sama dengan soalan . Balik pada soalan tadi . Kenapa saya boleh pakai tudung ? Sebenarnya saya dah berazam nak pakai tudung dari tahun lepas lagi , tapi tak kesampaian . Bak kata orang IMAN TAK KUAT . tiba-tiba satu hari tu kawan saya ada share link pasal 'azab api neraka' . saya baca , yeeeee seram sangat lha . dalam cerita tu juga ada cerita pasal perempuan tak bertudung . hah , mesti korang ingat saya pakai tudung sebab takut kan . YA memang salah satunya saya takut apabila saya mati nanti . Tapi saya BERHIJAB ni dengan penuh keikhlasan . Pintu hati saya dah terbuka . TERIMA KASIH YA ALLAH .

     Kan dah BERHIJAB perangai dah berubah belum ?

hiihi , perangai dah berubah belum ? rasanya belum lagi . hehe . Dah lahh sikit-sikit . tapi belum sepenuhnya lagi . Susah sikit lha kalau nak ubah perangai ni . sebab dah tabiat . tapi sekarang ni dah baik sikit , dah lembut sikit . hihihihi . Insya'allah tak lama lagi akan berubah lah sepenuhnya . Amin ~

   Itu seba sedikit lah kisah saya , sorry lah kalau merapu meraban . Idea tak bagus sangat . hihi .

            - hehe , okay lha dah penat dah nak taep ni . Tak rajin sangat . hihi . 
kepada sesiapa yang sudi baca . Terima Kasih Banyak-2 :)
   

Akulah hari kalian nantikan


Kalian ingat hari lahir kalian ? YA ! mana mungkin kalian melupakannnya. Setiap hari,ada sahaja nyayian hari lahir bergema dia atas muka bumi ini. Apa lagi hari penting kalian ingati ? hari perayaan ? bahkan hari kematian. Teruskan kalian bergembira dan mengingati hari-hari itu. Sayangnya ramai yang telah melupakan aku. Ramai yang tidak mengenali aku bahkan ada yang terlupa untuk berkenalan dengan aku . Tahukah kalian aku , aku adalah hari yang pasti akan muncul dan akan kalian temukan suatu masa nanti. Aku lebih besar daripada hari-hari kalian nantikan saban tahun. Aku lebih hebat daripada hari-hari kalian banggakan. Aku adalah hari yang lebih wajib untuk kalian ingati dan kenali. 


      Tatkala aku tiba nanti , kalian tidak akan dapat lari bahkan bersembunyi sekalipun. Aku akan 'memanggil' kalian untuk berhimpun. Akan kusediakan sebuah padang bagai hamparan yang luas terbentang , tidak berbukit bahkan tidak juga bulat seperti bumi. Hamparan itu seluas mata memandang tiada penghujung. Jangan gusar , berjuta-juta kalain mampu dihimpunkan diatas hamparan itu. Kalian akan dikumpulkan , berkaki ayam , dan bertelanjang bulat tanpa seurat benang. Suami ? isteri ? anak ? ibu ? ayah ? semua itu akan kalian lupakan .Tiada malu , tiada kenalan. Hanyalah nasib kalian semata-mata .

      Pada hari aku tiba juga , matahari dan bulan dihapuskan cahayanya. Langit akan pecah dengan bunyi menakutkan. Lalu muncullah semula matahari dengan kepanasan yang berganda , seakan hanya sejengkal dari ubun kalian.

      Kalian akan saksikan keadaan kalian yang bermacam-macam. Ada yang berupa kera kerana suka menabur fitnah. Ada pula yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah dan melalaikan solat. Ada pula yang mengalir dari padanya nanah serta darah yang busuk dan menikam-nikam lidahnya sendiri. Mereka adalah golongan yang mengajar tetapi tidak sama seperti yang diucapkan. Terdapat juga golongan kalian yang terlapak kakinya terletak di dahi dan terikat pada ubun mereka yang mana lebih busuk daripada bangkai. Mereka golongan yang sanggup membeli dunia dan memperalatkan agama. Ada pula yang jalannya tidak lurus , terhuyung-hayang bagai orang mabuk. Mereka inilah yang menyimpan harta dari membelanjakannya ke jalan allah.Ada pula golongan yang tidak bertangan dan berkaki kerana suka menyakiti orang sekeliling. Ada juga yang perut mereka dipenuhi ular dan kala jengking dan sentiasa menyengat. Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat. Juga golongan yang mulutnya sentiasa mangalir darah yang berbau amat busuk kerana suka berbohong. Terdapat juga golongan yang terasing dan badannya lebih busuk daripada bangkai . Ini ialah mereka yang menyembuyikan maksiat. Ada pula yang terpotong halkumnya,terpisah daripada lehernya. Inilah golongan yang berbohong sebagai saksi. Terdapat juga mulutnya tiada berlidah , yakni mereka yang malas mengucap kalimah syahadah.

      Segolongan yang lain akan berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluannya. Inilah golonagn yang suka berzina. Golongan lain pula mukanya hitam dan perutnya dipenuhi api . Inilah mereka yang suka makan harta anak yatim . Ada pula yang lidah mereka terjelir panjang hingga ke perut , najis dan kencing sentiasa mengalir dari perutnya . Inilah orang yang suka minum arak .

     Banyak .... dan banyak lagi golongan yang akan muncul pada hari ketibaanku kelak . Tidak terdaya untukkuceritakan , dan tidak akan tergambar oleh kalian .
      Inginkan kalian tahu siapa aku ? YA , akulah Padang Mahsyar ! hari pengadilan kalian semua ! Hari aku akan tiba untuk menemui kalian > Aku adalah sesuatu yang pasti akan kalian temui . Apabila aku tiba , langit akan terbelah . Turunlah Arasy yang akan dipikul oleh malaikat ke bumi ini . Kalian semua akan menundukkan kepala kerana ketakutan . Waktu itu , akan bertebanganlah kitab amalan kalian dari bawah Arasy menuju ke leher setiap pemiliknya . Akan tergantunglah kirab itu dari leher kalian menanti untuk dihisab 

      Neraca timbangan akan digunakan untuk mengira amalan kalian . Neraca itu amat besar , mempunyai satu tiang dan dua daun di kiri dan kanannya . satu daun bercahaya untuk menimbang pahala , manakala daun yang satu lagi gelap warnanya untuk menimbang dosa .sewaktu kalian dihisab , mulut kalian kan dipateri , yang akan berkata-kata hanyalah tangan , kaki dan anggota tubuh menjadi saksi . tiada dolak-dalik , tiada hujah penipuan. semua akan diadili denagn bijaksana .

      Setelah kalian selesai dihisab , kalian kan diarahkan melintasi titian SIRATUL MUSTAQIM menuju ke syurga .  lebar titian ini bagaikan sehelai rambut dibelah tujuh. di bawahnya terbentang gapaian api neraka . ada antara kalian yang melintasinya bagai kilat , seperti angin , dengan tunggangan binatang korban mahupun berjalan kaki . ada yang melepasinya , ada pula yang terjatuh ke dalam api neraka di bawahnya . seribu orang yang menitinya , hanya seorang yang akan berjaya sampai ke penghujungnya.

      Itu serba sedikit huraian tentang hariku . Haruku amat istimewa . Hariku adalah hari pengadilan ! Hanya sekali ! Tiada dua , tiada yang ketiga kalinya . malah , aku semakin 'rindu' mahu menemui kalian .
      Tidakkah kalian juga amat menantikan kedatanganku ? sabarlah ..... aku bernama Hari Mahsyar pasti akan datang bertemu kalian .



       "Dan demi sesungguhnya , kamu sekarang telah datang kepada kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaann kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dulu , tidak berpakaian baju , tidak berkasut , tidak berkhatan , dan tidak berharta benda"  (surah al-an'am : ayat 94)


when i was adult :)

masa kecil-kecil dulu mak aku selalu pesan bila besar nanti jadi 'insan yang berguna' .
yeahh , untill now aku masih ingat kata-kata mak aku toe . banyak perkara yang aku lalui pahit manis
ialah semua dugaan untuk aku .. aku sabar hadapi semua toe #aku kuat , tabah :)

Pabila aku besar nyy , aku selalu ingkar segala nasihat mak & ayah aku bagi dekat aku .
seolah-olah aku buat nasihat toe semua 'tak penting' . sikit pun aku tak dengar *ya aku memang seorang yang degil , sungguh keras kepala . tak pernah nak dengar kata-kata mak aku , aku 'memberontak' (!)
#degilyee aku bila umur dah meningkat :(

Aku cuba untuk buktikan kat parents aku yang aku boleh 'berjaya' suatu hari nanti .
boleh bahagiakan dorang semua .. tapi aku takut toe semua angan-angan aku *tak mungkin tak mungkin , aku tetap boleh berusaha #berjaya dalam hidup , bawa kesenagan dalam kehidupan :)

kata-kata mak aku supaya menjadi 'insan yang berguna' masih jelas diingatan aku ,
*aku yakin segala usaha yang aku lakukan pasti timbulkan hasil dalam kehidupan aku suatu hari nanti .
#selagi kita ingat allah , selagi toe allah akan tolong hambanya <3 <3